Monday, September 22, 2008

Pertama Kali

Tahun 2002


Tahun 2008


Lagi 8 hari nak raya.


Dah 26 tahun menyambut hari raya but kali ni akan lebih bermakna. :)
Untuk pertama kalinya dalam hidup, saya akan menyambut hari raya bersama suami yang terchenta *hati berbunga* :P

Sepanjang bulan Ramadhan ni, kami berdua sangat sibuk berkerja, jadi tak brapa banyak sangat aktiviti berbuka puasa di luar. Dah nak dekat 4 minggu berpuasa ni pun, saya sebagai seorang isteri, tidak memasak untuk juadah berbuka puasa untuk suami kerana kesibukan berkerja. Almaklumlah, ada banyak chef kat luar sana, so tunjuk tunjuk je. hehe. Bertuah dapat suami yang tak cerewet sangat (tak tau la skarang tak cerewet, mana tau tahun tahun akan datang ni).

Untuk hari raya kali ni, shopping pun belum lagi. Baju raya dah ada, buat baju kurung ringkas je tinggal suami yang perlu mencari baju melayu yang sedondon ( saya yang nak sangat sama warna sebab first time raya suami isteri la katakan). Mungkin akan cari hujung minggu ni. Setiap tahun, saya dan Zaki mesti pergi ke Shah Alam malam sebelum raya sebab masa tu mesti baju, kuih raya semua murah murah. Macam tahun lepas, baju kurung RM50 je! Kuih pun boleh dapat RM10 satu balang sebab nak habiskan stock. So tahun ni, nak buat macam tu jugak. Hehe.

Rasa pelik blog dalam bahasa melayu nak susun ayat pun kena fikir dulu. Haha.

Dikesempatan saya berblog ni, saya dan suami saya, Zaki ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Yeay!

Oh yea, lupa pula. Savvy Hijau saya sudah pun kembali ke pangkuan saya, Alhamdulillah. Setelah menunggu hampir 3 bulan di workshop. Terfikir nak tukar kereta, tapi............................ nanti dulu lah :)

No comments:

Post a Comment